SEKOLAH MENENGAH ISLAMIAH TAWAU

Jalan Utara, 91000 Tawau. Tel / Fax : 089-772761, smit@tm.net.my

Penghargaan

Assalamualaikum w.w.

Terlebih dahulu saya panjatkan syukur kepada tuhan sekalian alam kerana dengan izin-Nya serta pertolongan-Nya dapatlah saya menyiapkan laman web yang tidak seberapa ini.

Dalam menunjang arus kemajuan dunia teknologi kini, kami di Islamiah Tawau cuba sedaya upaya untuk turut sama dalam arus perdana ini. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan, kami cuba membangunkan lama web ini dengan harapan Islamiah Tawau tidak dianggap jumud dan ketinggalan jauh di belakang.

Kami berharap, dengan adanya laman web yang sederhana ini dapat memberikan manfaat kepada warga Islamiah Tawau khususnya dan kepada masyarakat amnya.

Kepada para pelajar, guru-guru dan sesiapa sahaja yang mencintai Islamiah Tawau, janganlah jemu-jemu dan bosan untuk memberikan sumbangan idea serta pemikiran demi untuk kemajuan Sekolah.

Bahar Jumadil

Wednesday, July 28, 2004

ISLAMIAH, DULU, KINI DAN SELAMANYA.